KEK MENTEGA PELANGI

Hai Followers...

sekarang I akan ajar u alls semua satu resepi sedap dan mudah sangat..yang paling penting enak banget...


 Ha..ni la kek yang dinamakan kek pelangi..korang leh pilih warna apa pun yang korang suka..


Bahan- Bahan yang diperlukan:


  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan mentega
  • 2 cawan tepung gandum/ tepung kek (di ayak)
  • 1/2 sk soda bikarbonat (di ayak)
  • 5 sb susu pekat manis
  • 1 sk esen vanila
  • 3 pewarna ikut cita rasa (saya guna purple dan biru)
*kalau nak buat warna kuning, x payah warnakan adunan tepung tu..biarkan sahaja.


Cara - caranya:


  1. Pukul mentega, gula hingga lembut dan halus.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul dengan kelajuan yang tinggi. Kemudian, masukkan 1 sk esen vanila.
  3. masukkan pula tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat tadi. Kemudian masukkan pula 5 sb susu pekat manis. Putar sehingga adunan sebati.
  4. warnakan adunan ikut cita rasa sendiri dalam 3 bekas yang berbeza.
  5. Loyang disapu sedikit minyak dan alas dengan kertas minyak.
  6. tuangkan adunan berselang seli dengan adunan yang telah diwarnakan tadi.
  7. kemudian, kukuskan adunan selama 1 jam.
  8. tutup lapisan loyang dengan aluminium foil..
   tadaaa....ini hasilnya....






selamat mencuba... :D

No comments:

Post a Comment