Pizza Home Made





Assalamualaikum semua.... kali ni saya akan berkongsi satu resepi mudah iaitu  Pizza Home Made .. cara yang mudah, dan pastinya boleh makan sepuas hati anda..yang penting, anda mesti berani mencubanya, ok?


BAHAN - BAHAN A : DOH 

  • 500 gm tepung gandum (1/2 kg)
  • 20 gm yis kering (2 1/2 sb) yis ni beli dekat kedai kek, baru jadi
  • 30 gm gula kastor (4 sb)
  • 1/2 sudu kecil pelembut roti/ bakom 
  • 30 gm lemak sayur...(shortening) 
  • 300 ml air
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb susu tepung (beli kat kedai kek:  full cream milk powder)  
# minyak zaitun


BAHAN- BAHAN B: INTI 

  • pati tomato/ sos tomato
  • tomato (potong dadu)
  • sos cili
  • isi ketam
  • hot dog (potong dadu)
  • 1 biji bawang Holland (potong dadu)
  • isi nenas
  • mayonis
  • keju mozzarella (diparut)
  • sedikit daun oregano/ thyme herbs

cara - caranya:

  1. semua bahan A disatukan kecuali minyak zaitun. Uli sehingga sebati dan sehingga lembut dan menjadi doh.
  2. perapkan doh selama 5 minit. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian mengikut saiz yang anda kehendaki kemudian bulat - bulatkan kemudian perapkan lagi 10 - 15 minit .
  3. letakkan sedikit minyak zaitun di atas loyang, kemudian canaikan di dalam loyang pizza dan perapkan lagi sehingga 10 minit. (hujung pizza mesti tebal sedikit ye??) LIHAT GAMBAR
  4. letakkan inti - inti pizza di atasnya. akhir sekali baru letakkan mayonis dan taburkan daun herba tersebut...
  5. kemudian bakar pizza di dalam oven  selama 15- 20 minit pada suhu 220 -240c.
selamat mencuba...





INI HASIL KERJA SAYA DAN IBU SAYA :D















No comments:

Post a Comment