Nasi Goreng Tomyam

assalamualaikum semua.. hari ini saya nak berkongsi resepi mudah iaitu... NASI GORENG TOMYAM

Buat yang bujang - bujang, leh la cuba resepi ni..malah saya pernah masak nasi goreng ni dalam rice cooker taw..hihihi

Anggaran: 2 orang




Bahan - bahan yang diperlukan:

  • nasi putih  (ramas sedikit, jangan bagi berketul - ketul)
  • telur 2 biji
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (kerat 2, sebelah di mayang, sebelah lagi di ketuk)
  • cendawan (di carikkan)
  • 5 helai daun limau purut (di carik-carikkan)
  • 3 sb minyak masak
  • 1/2 ketul kiub ayam/ ayam di potong dadu*
  • pes tomyam adabi..kalau x de, guna jenis kiub tu boleh cuma tambah air sedikit nanti.
  • sedikit garam dan letakkan perasa PASTI SEDAP KNORR
cara -caranya:


  1. masukkan minyak. tunggu sehingga minyak panas, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, serai. 
  2. kemudian,  masukkan telur, ayam*, cendawan... cincang telur tersebut. kemudian masukkan kiub ayam, pes tomyam tersebut sedikit demi sedikit.gaul rata.
  3. kemudian masukkan nasi putih. gaul sehingga rata. kemudian, masukkan pula daun limau purut  yang di carik- carik tadi dan serai yang di mayang. gaul rata.
  4. kemudian gaul rata. letak sedikit garam dan taburkan sedikit PERASA PASTI SEDAP...
  5. gaul rata dan boleh la dihidangkan...
mudahkan? :D

1 comment:

  1. kalau tak pakai serai, daun limau purut tu, takpe ke. sebab duk asrama 😭

    ReplyDelete